Thursday, October 28, 2010

PENGENALAN TENTANG MAAHAD

Maahad Tahfiz Negeri Pahang merupakan sekolah berasrama menghafaz Al-Quran. Tujuannya ialah untuk melahirkan generasi cemerlang yang menghafaz Al-Quran. Pelajar di sini bukan sahaja menghafaz Al-Quran tetapi sekaligus menumpukan pelajaran akademik.

Penulis ingin berkongsi pengalaman semasa ingin memasuki MTNP ini. Ikutilah kisahnya.....


MTNP ini mempunyai 2 ujian sebelum layak memasukinya. 2 ujian tersebut adalah temuduga dan simulasi. Pada hari temuduga, ramai orang ingin memasuki MTNP ini. Namun pilihan bagi yang terpilih sangat sedikit.Ujian kedua pula simulasi yang menghendaki peserta untuk bermalam di Maahad selama beberapa hari sambil menghafaz sebanyak mungkin surah pilihan.

Kemudian, jika sudah berjaya kedua-dua ujian maka sudah berjayalah untuk memasuki MTNP sebagai pelajar baru...

MTNP mempunyai kemudahan dan sukan yang menarik. Antaranya ialah berkuda dan memanah seperti dibawah:
 


Gambar MTNP

No comments:

Post a Comment