Thursday, October 28, 2010

Keputusan PMR 2009 yang cemerlang



Para pelajar tingkatan 3 tahun ini bakal menghadapi peperiksaan PMR yang kian menghampiri. Solat hajat bersama ibu-bapa dan kakitangan MTNP mendoakan kejayaan kepada para pelajar tersebut. Di samping itu, sempena bulan syawal yang mulia ini juga jamuan hari raya turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari raya ini.
Dengan harapan setiap para pelajar yang menghadapi peperiksaan, dapat melakukan yang terbaik.

CORETAN SEPANJANG MAJLIS.........

Suasana solat hajat dan solat isya' berjemaah
Ucapan aluan dan kata-kata semangat dari Pengarah MTNP, Dato Haji Zulkefli Haji Ali Al-Hafiz

Ucapan dari KPP Pentadbiran & Akademik, Tuan Haji Abdullah Ismail

Antara jemputan yang hadir

Antara jemputan yang hadir terdiri dari ibu-bapa pelajar

Para pelajar dan warga MTNP yang turut memeriahkan majlis

PENGENALAN TENTANG MAAHAD

Maahad Tahfiz Negeri Pahang merupakan sekolah berasrama menghafaz Al-Quran. Tujuannya ialah untuk melahirkan generasi cemerlang yang menghafaz Al-Quran. Pelajar di sini bukan sahaja menghafaz Al-Quran tetapi sekaligus menumpukan pelajaran akademik.

Penulis ingin berkongsi pengalaman semasa ingin memasuki MTNP ini. Ikutilah kisahnya.....


MTNP ini mempunyai 2 ujian sebelum layak memasukinya. 2 ujian tersebut adalah temuduga dan simulasi. Pada hari temuduga, ramai orang ingin memasuki MTNP ini. Namun pilihan bagi yang terpilih sangat sedikit.Ujian kedua pula simulasi yang menghendaki peserta untuk bermalam di Maahad selama beberapa hari sambil menghafaz sebanyak mungkin surah pilihan.

Kemudian, jika sudah berjaya kedua-dua ujian maka sudah berjayalah untuk memasuki MTNP sebagai pelajar baru...

MTNP mempunyai kemudahan dan sukan yang menarik. Antaranya ialah berkuda dan memanah seperti dibawah:
 


Gambar MTNP